Terma & Syarat

Assalamualaikum

Hi Beautiful!!

Macam mana? Da tengok koleksi NANADRAUFF? Da ada yang berminat di hati? Tapi tak tahu macam mana cara nak beli?

Jangan risau, di sini ada cara-cara macam mana nak ber'shopping' di NANADRAUFF.

Apa yang anda peru buat hanya baca dengan teliti sampai habis. Lepas tu, ikut jer langkah-langkah yang diberikan. Senang je kan?

Kami dari NANADRAUFF mengharapkan anda gembira dan berpuas hati membeli belah di NANADRAUFF

Dekat mana nak dapatkan produk NANADRAUFF?

NANADRAUFF boleh di dapati di:

a) Facebook   : https://www.facebook.com/nanadrauff
b) Blog           : https://nadratuldianamohddrauff.blogspot.com
c) Instagram   : nana.drauff


PEMBELIAN
Pembelian boleh dibuat melalui akaun Facebook, Instagram dan Blog seperti yang tertera di atas.

Langkah Pertama
Anda perlu memberikan butiran lengkap semasa membuat pemesanan barangan yang hendak dibeli seperti berikut:
a) Nama  Penuh
b) No Telefon
c) Alamat Penghantaran
d) Senarai Barangan 

Pihak NANADRAUFF sangat menghargai semua pelanggan yang benar-benar serius untuk membuat pembelian di NANADRAUFF. Kami akan menjawab pesanan anda dalam masa 24 jam atau kurang.

PEMBAYARAN

Setelah tempahan di sahkan oleh pihak NANADRAUFF

Langkah ke dua
Anda perlu membuat bayaran ke atas barangan yang di tempah. Dimana pembayaran perlu di buat secara 'Online Transfer/Cash Deposit' ke akaun Maybank atau CIMB.
Anda dikehendaki untuk memaklumkan dengan segera kepada kami pembayaran yang telah dibuat. Sila nyatakan butiran transaksi seperti berikut:

a) Bukti/Resit pembayaran transaksi
b) Tarikh, Masa dan jumlah bayaran yang telah dibuat

JADUAL PENGHANTARAN
Hari: Isnin, Rabu dan Jumaat  
Masa : 12 Tegahari

Semua pesanan akan dihantar mengikut jadual penghantaran sekiranya bayaran penuh telah di terima.

KHIDMAT PENGHANTARAN
Pihak NANADRAUFF menggunakan khidmat POSLAJU SAHAJA

Caj penghantaran adalah:
Semenanjung Malaysia : RM10
Sabah dan Sarawak      : RM15

No Jejak (Tracking number) akan dipaparkan diblog dan akan dimaklumkan melalui sms/whatsaps

Sila maklumkan kepada pihak NANADRAUFF sekiranya barangan masih tidak sampai dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan no jejak. Sekiranya tidak berbuat demikian, diandaikan barangan telah selamat diterima.

PEMULANGAN BARANG

Semua barang yang telah dijual TIDAK DAPAT dikembalikan, kecuali terdapat kesilapan dari pihak NANADRAUFF. Contohnya kesilapan penghantaran barang, kod pesanan tidak sama dengan kod penerima, warna yang di pesan tidak sama yang di terima. Jadi pastikan anda membuat semakan pada SAIZ YANG SESUAI DENGAN ANDA SEBELUM MEMBUAT PESANAN.

PERINGATAN PENTING
Pesanan anda akan diposkan HANYA SETELAH BAYARAN PENUH DIBUAT dan MENGIKUT GILIRAN SIAPA-BAYAR-DAHULU 

Pihak NANADRAUFF TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas KEHILANGAN atau KEROSAKAN barangan  semasa proses penghantaran oleh pihak kurier.
    
   
 
 

No comments:

Post a Comment